PERCATURAN KUASA DAN GEOPOLITIK: Tekanan Amerika Syarikat Kepada Abdullah

Posted in Uncategorized on Mei 26, 2008 by L . H a n a r i

By: Ruhanie Ahmad – Abad ke-21 adalah abad Amerika Syarikat (AS) di Asia. Ini bermakna, dalam abad ini, AS akan menumpukan sebilangan besar program serta dasar hegemoni, neoimperialisme dan geopolitiknya ke Asia – Asia Barat, Asia Tengah, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur.

Hakikat ini juga bermakna, dalam abad ke-21, AS mesti menghadirkan dirinya dengan apa cara sekalipun – menerusi tipuhelah, peperangan, penjajahan, penggunaan proksi atau secara subversion – ke seluruh wilayah sasarannya di Asia.

Teruskan membaca

Silap Punca Hilang Batu Putih

Posted in Uncategorized on Mei 26, 2008 by L . H a n a r i

Surat dari Pemangku Setuausaha Kerajaan Negeri Johor yang dikeluarkan pada tahun 1953 telah cukup menimbulkan keraguan. Ianya kerana surat tersebut boleh diterima sebagai bukti sedangkan Jawatan tersebut tidak layak untuk berbicara tentang soal hak tanah dan negara. Kecualilah ianya datang dari Kesultanan Melayu dan Pemimpin Negara.

Namun selepas itu ada pula cerita baru tentang kehilangan surat asal pemilikan Pulau Batu Puteh, yang kononnya menjadi harapan untuk memiliki pulau itu. Tiba tiba dan hilang dan sekarang ianya sudah lenyap.

Kita disedapkan hati oleh media media untuk menerima keputusan ICJ dengan harapan tiada timbul rasa tidak puas hati rakyat terhadap keputusan yang bakal di perolehi.
Tetapi sesungguhnya semakin kita membaca, maka timbul curiga samaada Kehilangan Pulau Batu Puteh dari Peta Malaysia adalah kerana keputusan Mahkamah Keadilan Dunia (ICJ) semata mata atau ada pihak yang sememangnya menjual harta kepada negara asing.

Teruskan membaca

Kenangilah Jasa Mereka

Posted in Uncategorized on Mei 22, 2008 by L . H a n a r i

Kenangilah orang yang telah berjasa kepada kita Seperti ibu bapa, guru-guru dan para pemimpin kita Mereka adalah manusia yang ada jasa di bidang masing-masing Hormatilah mereka dan balasilah jasanya Paling tidak doakan mereka keselamatannya Diampunkan dosa-dosa mereka, dimaafkan kesalahan-kesalahan mereka Tuhan beri mereka hidayah dan taufiq Dijauhkan mereka daripada bala bencana Teruskan membaca

P.K.R.

Posted in Uncategorized on Mei 20, 2008 by L . H a n a r i

Parti Keadilan sebenarnya ditubuhkan adalah dengan satu objektif utama
iaitu mengembalikan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri
Malaysia. Umumnya tahu, Pakatan Rakyat adalah gabungan 3 parti
pembangkang iaitu PAS (objektif utama parti ini adalah untuk
mewujudkan Negara Islam), Parti Keadilan (merialisasikan cita-cita
Anwar untuk menjadi PM) dan DAP (tidak kurang samanya seperti Parti
Komunis Malaysia kerana tidak berpuas hati dengan keistimewaan orang
Melayu).

Anwar Ibrahim dilihat seperti kemaruk kuasa untuk menjadi Perdana
Menteri apabila dengan terang-terang beliau mengumumkan akan menjadi
Perdana Menteri. Kenapa tiba-tiba Anwar mengumumkan sendiri yang
beliau akan menjadi PM pada bulan September ini? Apakah pemimpin dari
Parti PAS tidak layak untuk menjadi PM jika mereka berkuasa selepas
ini. Jelaslah sebenarnya Anwar ini amat kemaruk untuk menjadi PM sebab
dia tidak pernah puas menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Teruskan membaca

Hukum Lelaki Menutup Kepala

Posted in Bicara Agama on Mei 18, 2008 by L . H a n a r i
Soalan:
Assalamualaikum .
 
Di sini saya ingin bertanya apakah hukumnya jika kaum lelaki yang telah mencapai umur baligh yakni telah dewasa dan berakal yakni tidak gila jika tidak memakai samada memakai serban ,  songkok atau  ketayap ?
 
Bukankah ada hadis atau ayat suci Al-Quran yang mengatakan serban itu mahkota nabi ? Yakni ada pakaian yang menutup kepala bagi kaum lelaki .
  Teruskan membaca

Ketuanan Melayu Bukan Milik UMNO

Posted in Artikel on Mei 11, 2008 by L . H a n a r i

berkatalah penulis Mohd Rashidi Hassan dalam Harakah daily tentang ketuanan melayu yang dikatanya bulan milik mutlak UMNO… tapi teman pun tak paham apa maksud beliau.. kalau nak dikatakan parti lain… PAS rasanya tak memperjuangkan melayu sebagai agenda mereka.. keadilan pula tidak langsung memperjuangkan bangsa melayu memandangkan perjuangan mereka lebih kepada perjuangan sekular… jadi yang mana satu betul ni? UMNOkah yang berjuang atau parti lain.. sedangkan selama ini dah banyak ceramah samaada pembangkang atau kerajaan teman pegi teman dan nampak dan nampaknya hanya UMNO yang gigih berjuang untuk orang2 melayu.. parti lain…… ntahlahhhh..

Bukan teman nak membanggakan orang umno atau mengatakan umno itu satu2nya pejuang orang melayu akan tetapi kenyataan dah sememangnya begitu.. jadi nak cakap apa lagi kan.. so terpulanglah kepada apa pun orang nak cakap..

Kapal Karam Di Tengah Lautan

Posted in Artikel on Mei 11, 2008 by L . H a n a r i

ini cerita tak ada kena mengena dengan kapal, samada kapal selam, kapal perang atau kapal korek tapi hanyalah omongan berkenaan dengan kapal yang tak boleh berlayar sendiri melainkan beliau naik kapal layar..

Karpal singh nama yang tidak asing lagi di arena politik dan guaman… seringkali naik turun mahkamah dan dewan parlimen… hinggakan hari ini beliau dah tak boleh lagi nak turun dari kerusi rodanya..

tapi ini bukan perihal diri beliau tetapi adalah kerana apa yang telah beliau katakan dan telah beliau ungkapkan dengan penuh angkuh laksana seorang petani yang mendapat telur emas dari seekor itik tua… mana tidaknya… sampai bendahara di negeri bukan emas tapi perak sendiri pun dah tak boleh nak bercakap apa lagi melainkan duduk diam di rumah sahaja…

bercakap pula bendahara di negeri cik siti wan kembang perihal peri laku hang karpal ini bahawa tindakan beliau itu tidak menghormati ketuanan istana, namun cakap tinggal cakap sahaja kerana tiada apa pun tindakan yang diambil bagi memprotes kecabulan karpal karam ini…

arakian…. membara-baralah pejuang2 bangsa di dalam umno, seantero pelusuk negara memaki hamun dan memarahi tindakan celupar tersebut dengan membuat beberapa laporan polis dan dan meminta ketua bendahara negara.. dulu mamak bendahara.. (sekarang keturunan arab so nak panggil apa yer?) untuk mengambil tindakan…

bertitahlah Bendahara negara meminta peguam negara untuk segera membuat tindakan… tapi entah bila dan bagaimana susahlah hendak diceriterakan memandangkan aku ni bukanlah orang yang arif tentang undang-unadang…

namun jika kita nilai kembali orang2 melayu sebenarnya bersatu apabila ketuanan disanggah dan dipertikaikan, tetapi kenapa masihg lagi berpecah belah… namun walaupun bersatu dapatlah jugak kira lihat ada juga melayu yang lupa diri ini tidak mahu bersatu.. mungkin mereka takut hilang kerusi nanti kena duduk di atas lantai (macam cerita tiga abdul…. “nak baca doa selamat”) kerana yang mengeluarkan kenyataan tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan ally mereka sendiri…. kesian orang melayu kat dalam pakatan mereka… ish ish ish

eh nak cakap apa tadi… dah hilang idea… jap

ok… dan hari ini ramailah rakyat jelata bercakap2 tentang perihal tersebut dan tidak kurang juga yang buat dunno jer sebab dia apa peduli… so kita kenalah ambik iktibar dari kejadian ini dan bersamalah kita bersatu untuk agama bangsa dan juga negara… Amin

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.